Suamiku,
Imamku dalam solatku,
Pemimpinku dalam mahligaiku,
Sandaran ku dikala aku keletihan, kesedihan,
Penenangku dikala aku ketakutan..
Suamiku,
Aku ingin mengesat air peluh kepenatan mu dalam mencari nafkah,
Aku ingin mengelap air mata keinsafan mu sewaktu tidurmu,
Aku ingin kau rasakan manis dan serasanya air tanganku dalam menyediakan makan minummu,
Suamiku,
Syurga yang bakal dibina dengan limpahan rahmat-Nya dan nikmat-Nya
Itulah impianku.
Walaupun kelihatan payah,
Namun Dia Maha Kaya dan Maha Pemberi.
Suamiku,
Aku serah jiwa dan ragaku kepadamu,
Aku adalah milikmu sepenuhnya,
Aku ingin berdiri disampingmu dalam melayar bahtera,
Bahtera yang sememangnya diasak badai,
Teguhkanlah cinta!
Satukanlah hati!
Semarakkanlah kasih sayang!
Berkorbanlah!
Demi kerana-Nya!!
Yang menemukan kita,,
Yang Memberi kita cinta dan kasih sayang,
Yang memberi kita membina mahligai yang diimpikan,
Yang memberi kita pelbagai jenis rezeki dan nikmat indah,
Yang memberi kita peluang untuk menikmati dunia sebelum ke alam sebelah sana..
Suamiku,
Aku ingin sentiasa menunggu kepulanganmu,
Aku ingin menyalami tanganmu,
Aku ingin kau mengucupi dahiku lembut,
Aku ingin kau melayaniku sebagai permaisuri hatimu
Aku ingin menjadi isterimu penyejuk matamu, penenang hatimu.. berkhidmat untukmu.
Suamiku,
Aku ingin menjadi isterimu yang engkau redhai,
Redhamu, Redha Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang,
Aku ingin bersamamu dunia ini hingga akhirat..
Amin... amin.. amin ..
No comments:
Post a Comment