Saturday, October 17, 2009

Seminggu sudah mengenal bumi Tuaran Beach Resort Sabah






Sudah seminggu aku di sini,
Tuaran Beach Resort.. diberi nama timangan TBR.
Tempatnya agak jauh dari bandar. Sangat cantik dan kurang kerosakan dek tangan manusia.

Sesuai bagi insan yang ingin mencari ketenangan dan melihat keindahan Tuhan Yang Maha Kaya
Alhamdulillah..

Kursus di sini mencabar aku sebagai seorang graduate dan memberi inspirasi pada aku utk ke alam kerjaya nanti.

Apa yang penting adalah "take the challenge on this course".
NORADLIANA SAIRIN
"You can do it!!"
"Yes you can"

Saturday, October 10, 2009

Kursus GEMS

Salam,

Esok tanggal 11 October 2009 (ahad) aku akan ke Tuaran, Sabah, berkursus selama 2 bulan lebih di sana. Kurus yg aku ikuti ini adalah kursus GEMS Graduate Empliyibility Management Schemes . Suatu platform yang dah lama aku cari.

Terus terang aku x punya apa dalam diri utk ditawarkan di alam pekerjaan. Hanya komitmen dan qualification aku kurang mantap itu sahaja lah yg ada. Aku sgt kekurangan.
Alhamdulillah Allah Maha Mengetahui.. Dia telah berikan aku satu jalan yang mesti aku usahakan. InsyaAllah.. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Ya Allah bantulah aku.

Sahabat-sahabat sekalian.. doakan kemudahan dan kebahagian bagi kita bersama ya!

Sunday, October 4, 2009

Tahajjud Cinta

by Siti Nurhaliza


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Friday, October 2, 2009

Puisi buat Suamiku

Suamiku,
Imamku dalam solatku,
Pemimpinku dalam mahligaiku,
Sandaran ku dikala aku keletihan, kesedihan,
Penenangku dikala aku ketakutan..

Suamiku,
Aku ingin mengesat air peluh kepenatan mu dalam mencari nafkah,
Aku ingin mengelap air mata keinsafan mu sewaktu tidurmu,
Aku ingin kau rasakan manis dan serasanya air tanganku dalam menyediakan makan minummu,

Suamiku,
Syurga yang bakal dibina dengan limpahan rahmat-Nya dan nikmat-Nya
Itulah impianku.
Walaupun kelihatan payah,
Namun Dia Maha Kaya dan Maha Pemberi.

Suamiku,
Aku serah jiwa dan ragaku kepadamu,
Aku adalah milikmu sepenuhnya,
Aku ingin berdiri disampingmu dalam melayar bahtera,
Bahtera yang sememangnya diasak badai,
Teguhkanlah cinta!
Satukanlah hati!
Semarakkanlah kasih sayang!
Berkorbanlah!
Demi kerana-Nya!!
Yang menemukan kita,,
Yang Memberi kita cinta dan kasih sayang,
Yang memberi kita membina mahligai yang diimpikan,
Yang memberi kita pelbagai jenis rezeki dan nikmat indah,
Yang memberi kita peluang untuk menikmati dunia sebelum ke alam sebelah sana..

Suamiku,
Aku ingin sentiasa menunggu kepulanganmu,
Aku ingin menyalami tanganmu,
Aku ingin kau mengucupi dahiku lembut,
Aku ingin kau melayaniku sebagai permaisuri hatimu
Aku ingin menjadi isterimu penyejuk matamu, penenang hatimu.. berkhidmat untukmu.

Suamiku,
Aku ingin menjadi isterimu yang engkau redhai,
Redhamu, Redha Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang,
Aku ingin bersamamu dunia ini hingga akhirat..

Amin... amin.. amin ..

Rintihan Cinta-Mu, Cinta-Ku

Ya Allah..
Ya Rahman..
Ya Rahim..
Allahu Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuat aku lalai
Akan adanya Engkau

Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta penuhilah hatiku
Dengan bilangan cinta-Mu
Yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku
Jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan
Untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu Rabbi
Pintaku yang terakhir
Seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan
Wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus
Oleh waktu,,




(Petua Membuat Orang Jatuh Cinta – Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria, Fatimah Syarha Noordin)