Tuesday, January 12, 2010

Ya Allah, Ombak apakah ni?!

Aku melihat sekeliling, ramai yang berlari menyelamatkan diri.
Aku lagi masih tertegun melihat segulung ombak. Besar. Malah lain daripada sekian ombak yang pernah aku lihat.

Ombak ini adalah ombak larva. Larva gunung berapi. Ia menggulung-gulung seperti ombak laut. Cairan api yang sangat panas yang selalu dilihat pada gunung berapi, kini menjadi ombak yang sangat besar. Merahnya merah api. Tingginya mengalahkn tinggi bangunan KLCC. Amat dasyat. Mata aku terbeliak. Di mana aku sekarang?

Zup!!! Umpama letusan gunung berapi yang memuntahkan larvanya. Percikan larvanya jatuh hampir-hampir kena dengan ku. Aku tersentak, tersedar dari kekakuan yang agak lama. Aku melihat ombak itu lagi, ia makin pantas berlari menghempas apa saja dihadapannya. Disitu aku panik. Apa harus aku buat? Aku pantas berlari kebelakang menentang arah ombak itu. Lari menyelamatkan diri. Ya Allah.. Ya Allah.. Bagaimana harus menyelamatkan diri?

Aku berhenti. Aku menoleh kebelakang. Ombak itu masih lagi mengejar. Seolah-olah mengejarku. Ia kelihatan jauh. Cairan api yang sangat panas itu merangkak-rangkak membaham apa saja dihadapannya. Ya Allah apakah ini? Kiamatkah sudah? Suasana hingar bingar. Asap hitam berterbangan sana sini. Alam kelam.. merah. Di mana aku ini?

Selain ombak itu, aku nampak letupan gunung berapi. Meletup-letup. Habis berhamburan semua serpihan larvanya. Aku panik. Ia jatuh lagi dihadapan aku. Ya Allah.. Ya Allah..
Aku berlari lagi. Ada manusia lain lagi bersamaku. Aku tidak kenal siapa. Yg penting aku berlari dan sampai.. sampai di mana? aku pun tidak tahu. Aku ingin menjauh dari ombak larva yang garang menghempas bumi. Yang malas merangkak menyusuri bumi.. Ya Allah.. Ya Allah. Itu yang bermain dimulutku.

Aku samapai di penghujung. Penghujung apa? aku juga tidak tahu. Yang aku tahu tiada ruang lagi untuk aku berlari. Di sinilah yang terakhir. Aku nampak sebuah gua kecil. Aku masuk di sana. Ada orang. Ada makanan. Orang yang ada di situ sepertinya sudah biasa tinggal dalam gua itu. Seperti tempat tinggalnya. Dia hanya melihat kami. Tenang saja wajahnya. Aku membiarkkannya. Di fikiranku hanya pada ombak larva yang semakin mengejar.

Aku melihat ke belakang lagi. Ombak itu hampir sampai. Cairan larvanya sudah masuk ke dalam gua. Aku panik. Ya Allah. Di gua itu aku mencari sudut-sudut yang boleh aku menyelamatkan diri sebelum cairan larva itu masuk memenuhi gua itu, memakan tubuh-tubuh kami. Aku pasrah..

Ya Allah.. Ya Allah.. itu saja sebutan ku. Tak terkata maha hebatnya kejadian ini.

Kali terakhir, aku melihat keluar. Disebelah tempat aku duduk itu ada sebuah lubang seperti tingkap. Mulut gua tadi tempat masuk di dalam dan terdapat tingkap di dalamnya. Aku mengambil kesempatan untuk melihat keluar. Kiranya kali terakhir aku melihat ombak larva itu. Aku memejam mata..

Saat aku membuka mata, ada titisan-titisan air jatuh ke bumi. Panas. Aku terus melihat keluar. Mana sudah ombak larva itu? Yang aku lihat sekarang adalah hujan lebat. Pada mulanya ia panas, makin lama ia menjadi sejuk seperti hujan biasa. Apa sudah terjadi?

Ya Allah alhamdulillah.. syukur ke hadrat mu Ya Allah. Engkau telah menyelematkn kami. Ucapan hamdallah bergema di gua. Aku tersenyum dengan rasa kesyukuran yang teramat.

Sejurus kemudian, aku membuka mata. Aku terbangun dari lena. Sedari sudah subuh. Aku terus solat. Selepas solat, aku duduk mengingatkn kembali mimpi itu. Ya Allah.. seolah-olah yang benar-benar terjadi. Apakah makna semua itu?

Tidak pernah terbayangkn oleh fikiranku..
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengampun. Ampunkanlah dosa kami.. amin.

No comments:

Post a Comment