Seronok hari ini!!
Program PMH - Persatuan Mahasiswa Hadhari berjalan dengan lancar dan baik.
Input yang aku dapat di sini adalah kemanisan bersaudara @ berkawan@ bersahabat atau paling best untuk disebut adalah berukhwah adalah kemanisan sangat manis dari manisan gula-gula yang aku makan.. Ukhwah antara ahli PMH yang lain juga bagus. Senyuman dan gelak ketawa mereka still terngiang-ngiang.. nyaman di telinga aku. Berbeza dengan senyuman dan ketawa yang lain sebelum ini aku lihat. Senyum sebab paksa, sinis dan kurang manisnya. Gelak ketawa yang mengejek, mengaibkan dan besar.. berbeza dan aku rasa kelainan bila sja berada di situasi itu.. maksud aku disini bukanlah aku dapati yang aku rasa ini di PMH saja... berkawan dengan yang lain juga aku dapat rasainya. Cumanya pada hari ini aku rasa berbeza. Ingin sentiasa ada di tiap-tiap hari ku.. InsyaAllah.. itulah berukhwah hanya kerana-Nya. Alhamdulillah..
Pada Program Women's Day kali ini.. aku ditugaskan untuk menghandlekan aktiviti BUSANA MUSLIMAH.. bersama dengan sahabat aku yang lain (Ani dan Naimah).. bergabung dengan aktiviti Nasyid. Alhamdulillah kerjasama sangat baik dan lancar. Pada kali ini peserta BUSANA MUSLIMAH bertanding dengan kriteria pakaian, perhiasan, dandanan, komunikasi dan juga keperibadian.. Semuanya membuat persembahan dengan baik dan lucu. Lucu sebab stail menjawab soalan yang mantap tapi sebenarnya di hati mereka agak ketar juga tu.. hehe.. JURI sangat best,. disamping meneliti jawapan peserta dia juga memberi komen yang sangat bagus dan best mengikut hadis dan juga nas-nas al-qur'an.. jadinya ianya sangat mantap. Majlis menjadi semakin terasa. Audiens juga sangat baik dan memberi kerjasama yang baik. Tidak bising dan memberi respon kepada program yang dijalankan..
Aku sangat berterima kasih pada kalian .. aku banyak jumpa perkara kebaikan di sini. SYUKRAN.. semoga ALLAH membalas jasa kalian.. AMIN....
Jumpa kalian lagi,.!!
No comments:
Post a Comment