Saturday, February 28, 2009

Women's Day PMH

Seronok hari ini!!
Program PMH - Persatuan Mahasiswa Hadhari berjalan dengan lancar dan baik.
Input yang aku dapat di sini adalah kemanisan bersaudara @ berkawan@ bersahabat atau paling best untuk disebut adalah berukhwah adalah kemanisan sangat manis dari manisan gula-gula yang aku makan.. Ukhwah antara ahli PMH yang lain juga bagus. Senyuman dan gelak ketawa mereka still terngiang-ngiang.. nyaman di telinga aku. Berbeza dengan senyuman dan ketawa yang lain sebelum ini aku lihat. Senyum sebab paksa, sinis dan kurang manisnya. Gelak ketawa yang mengejek, mengaibkan dan besar.. berbeza dan aku rasa kelainan bila sja berada di situasi itu.. maksud aku disini bukanlah aku dapati yang aku rasa ini di PMH saja... berkawan dengan yang lain juga aku dapat rasainya. Cumanya pada hari ini aku rasa berbeza. Ingin sentiasa ada di tiap-tiap hari ku.. InsyaAllah.. itulah berukhwah hanya kerana-Nya. Alhamdulillah..

Pada Program Women's Day kali ini.. aku ditugaskan untuk menghandlekan aktiviti BUSANA MUSLIMAH.. bersama dengan sahabat aku yang lain (Ani dan Naimah).. bergabung dengan aktiviti Nasyid. Alhamdulillah kerjasama sangat baik dan lancar. Pada kali ini peserta BUSANA MUSLIMAH bertanding dengan kriteria pakaian, perhiasan, dandanan, komunikasi dan juga keperibadian.. Semuanya membuat persembahan dengan baik dan lucu. Lucu sebab stail menjawab soalan yang mantap tapi sebenarnya di hati mereka agak ketar juga tu.. hehe.. JURI sangat best,. disamping meneliti jawapan peserta dia juga memberi komen yang sangat bagus dan best mengikut hadis dan juga nas-nas al-qur'an.. jadinya ianya sangat mantap. Majlis menjadi semakin terasa. Audiens juga sangat baik dan memberi kerjasama yang baik. Tidak bising dan memberi respon kepada program yang dijalankan..

Aku sangat berterima kasih pada kalian .. aku banyak jumpa perkara kebaikan di sini. SYUKRAN.. semoga ALLAH membalas jasa kalian.. AMIN....

Jumpa kalian lagi,.!!

Monday, February 23, 2009

Seronok bergaul dengan orang lebih dewasa!!

Hari ni aku berkesempatan bergaul dengan orang lebih tua @ dewasa..
They open minded and best!!
Hehe..
Iyalah banyak pengalaman..
Jadi pergaulan dan perbualan lebih terbuka and matang lah.

Hari kelas nampak tegang sikit lah?
Sebenarnya ada apa ya?
Aku dah baca blog bdk kelas aku juga yang lain.
Sebenarnya ada apa?

Wednesday, February 11, 2009

Hari ini penuh dengan tohmahan!!!

Sedari dua tiga hari ini, aku syik mendengar suasana yang kurang nyaman.
Manusia yang saling bergaduh!!
Tidak puas hati dan jelek antara satu sama yang lain!!
Tidak patut mereka selesakan diri dengan suasana yang penuh dengan amarah itu!!

Aku yang sentiasa mendengar pedih dan sedih!!
Semakin dewasa, semakin matang lah fikiran,
semakin pandailah berfikir..!!
Semakin tepat lah tindakan!!

Bukan ikut hawa nafsu, bisikan syaitan, sifat AMARAH!!!
Engkau siapa?!!

Manusia yang Allah jadikan untuk mentadbir dunia!!!
Engkau siapa?!!

Aku amat marah dengan situasi ini!!
Aku marah orang yang tikam belakang orang,
Orang yang memburukkan antara satu sama lain!!!

HEI!!! Engkau!! Sedarlah sebelum engkau disedarkan.. engkau MALU!!
MALU sehingga berselindung disebalik selimut tidur!!
Sedarlah yang engkau sedang makan daging saudara sendiri!!

Kawan2,, mari kita muhasabah diri,,
Eratkan ukhwah antara kita!!
Saling menghormatilah!

Kita sudah berada di penghujung,,
Bimbang tidak sempat!!

Thursday, February 5, 2009

Aku -- 6 Feb!

Cuti kuliah hari ini.
Wah, ada internet kat rumah aku. Sudah pasti lah aku pulun meng'explore'!!
Aku buka email.
Cari bahan assignment .
YM!!
and... buka SPA and EXL site..
Suddenly aku teringatkan masa depan.
Di mana aku?

Adakah lepas grade nanti aku di rumah?
Atau tolong mak aku buat kerja?
Atau still mencari pekerjaan?
Atau apa?
Sungguh aku tidak tahu..
Hanya Allah mengetahuinya.

Aku teringatkan ibu bapa aku dirumah yang sibuk layan keluarga dan bekerja.
Aku?